Home Koronavirus Indonesia tarik balik sekatan pergerakan Covid-19

Indonesia tarik balik sekatan pergerakan Covid-19

0
Indonesia tarik balik sekatan pergerakan Covid-19

Indonesia memutuskan untuk menarik balik sekatan Covid-19 membabitkan aktiviti awam di seluruh negara. – Gambar hiasan.
JAKARTA – Kerajaan Indonesia memutuskan untuk menarik balik sekatan Covid-19 membabitkan aktiviti awam di seluruh negara, kata Presiden, Joko Widodo pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat berdasarkan angka jangkitan Covid-19 yang terkini, kata Widodo di istana presiden di Jakarta, lapor Xinhua.

Kerajaan memutuskan untuk menamatkan protokol sekatan awam yang dikenali PPBM selepas melakukan pertimbangan selama 10 bulan.

“Tiada lagi sekatan pergerakan dan perhimpunan,” kata presiden.

Bagaimanapun, Widodo menyeru orang ramai sentiasa berwaspada meskipun PPBM telah ditamatkan.

“Saya menasihatkan semua rakyat supaya berhati-hati dan berwaspada. Orang ramai mesti meningkatkan kesedaran mereka tentang risiko Covid-19,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar orang ramai terus memakai pelitup muka di kawasan sesak atau tempat tertutup.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here