Home Koronavirus Sabah rekod 41 kematian akibat Covid-19 hari ini

Sabah rekod 41 kematian akibat Covid-19 hari ini

0
Sabah rekod 41 kematian akibat Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU – Sabah merekodkan 41 kematian akibat Covid-19 hari ini manakala kes jangkitan baharu yang dilaporkan adalah 3,010 kes, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, kes kematian itu dilaporkan di sembilan daerah iaitu 19 di Kota Kinabalu, Sandakan (lima), Tuaran (empat), Penampang dan Keningau masing-masing tiga kes, Beaufort, Lahad Datu dan Kalabakan masing-masing dua kes manakala Tenom hanya satu kes.

“Seramai 2,331 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 106,512 orang, manakala seramai 4,904 pesakit masih menerima rawatan,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, seramai 759 pesakit terdiri daripada kategori satu, kategori dua (2,184), kategori tiga (lapan), kategori empat (seorang), kategori lima (15) manakala bakinya masih dalam siasatan.

Mengenai program vaksinasi, Masidi berkata, sebanyak 56.05 peratus atau 1.5 juta penduduk dewasa di Sabah telah memperoleh satu dos vaksin Covid-19 dan 35.44 peratus atau 977,607 penduduk telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos vaksin itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here