Home Koronavirus MOSTI benar Pulau Pinang pinjam vaksin dari Selangor

MOSTI benar Pulau Pinang pinjam vaksin dari Selangor

0
MOSTI benar Pulau Pinang pinjam vaksin dari Selangor

GEORGETOWN – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tiada halangan untuk membenarkan kerajaan Pulau Pinang meminjam bekalan 200,000 dos vaksin dari Selangor.

Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, pihaknya telah meneliti permohonan yang dikemukakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan telah memberikan kebenaran melalui surat yang disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar pada Jumaat.

“MOSTI tiada halangan untuk membenarkan hasrat Pulau Pinang membuat pinjaman sebanyak 200,000 dos vaksin Covid-19 bagi kegunaan mempercepatkan kadar vaksinasi,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang tunggu kelulusan MOSTI

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kerajaan Pulau Pinang telah menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung kelulusan proses pinjaman vaksin dari Selangor.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang berhasrat meminjam bekalan 200,000 dos vaksin dari negeri itu seperti yang diumumkan Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin pada Rabu.

Bagaimanapun jelasnya, proses itu masih tertakluk kepada kelulusan MOSTI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here