Home Koronavirus Sabah beli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan tidak cukup

Sabah beli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan tidak cukup

0
Sabah beli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan tidak cukup

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah akan membeli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan yang disediakan kerajaan Pusat tidak mencukupi.

Bagaimanapun, Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa bekalan vaksin mencukupi untuk rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk membeli. Jadi jika sekiranya kita tidak cukup bekalan untuk Sabah, kerajaan Sabah akan membeli vaksin untuk rakyatnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Lok Urai di Dewan Sembulan, pada Rabu.

Diminta mengulas berhubung kesedaran rakyat Sabah berhubung pendaftaran untuk mendapatkan vaksin, beliau menyeru supaya lebih ramai yang akan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau kaedah lain yang disediakan.

“Kita berharap lebih ramai yang akan mendaftar untuk mendapatkan vaksin yang akan diberikan secara percuma oleh kerajaan dan ini bertujuan untuk mengawal kita daripada mendapat penyakit Covid-19 ini.

“Saya yakin mereka (rakyat) dalam proses untuk mendaftar kerana maklumlah Sabah ini besar dan bekalan ubat pun belum lagi menyeluruh tetapi saya yakin kita dapat memberi vaksin kepada ramai rakyat kita di Sabah daripada sekarang hingga masa yang ditetapkan hujung tahun atau awal tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Sabah menunjukkan pendaftaran vaksin yang rendah setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here