Home Koronavirus PRU15: 9 pengundi awal di Terengganu dijangkiti Covid-19

PRU15: 9 pengundi awal di Terengganu dijangkiti Covid-19

0
PRU15: 9 pengundi awal di Terengganu dijangkiti Covid-19
Rohaimi (tengah) ketika ditemui pemberita di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu, pada Selasa.
Anggota polis dan tentera tiba di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu, pada Selasa.

KUALA TERENGGANU – Seramai sembilan pengundi di kontinjen Terengganu yang dijadualkan melaksanakan undi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Selasa dijangkiti Covid-19.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kesemua pengundi berkenaan telah dihubungi dan saluran pengundian dikenal pasti.

Kesemua pengundi berkenaan akan mengundi mengikut prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Mereka perlu melaporkan dahulu kepada petugas sebelum meneruskan pengundian dan dinasihatkan untuk membuang undi pada saat akhir bagi mengurangkan risiko jangkitan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, pada Selasa.

**media[1984458]**

Menurut Rohaimi, seramai 7,025 pengundi awal terdiri daripada 4,542 anggota polis dan 2,483 anggota tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab mengundi di 29 pusat mengundi awal di seluruh Terengganu.

Jumlah itu melibatkan empat pusat undi yang dibuka di Parlimen Besut, Setiu (tiga), Kuala Terengganu (enam), Marang (empat), Hulu Terengganu (empat), Dungun (empat) dan Kemaman (empat).

Dalam pada itu, Rohaimi menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan yang akan menghala ke Terengganu pada hari pengundian, 19 November ini.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu dijangka tidak menyebabkan kesesakan luar biasa di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Kita akan sentiasa memantau bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh itu.

“Namun, keadaan trafik dijangka tudak seperti musim perayaan dan kita jangka tidak akan berlaku sebarang kesesakan luar jangkaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here