Home Koronavirus PKRC Tanjong Chat khas untuk pesakit Covid-19 tahap tiga

PKRC Tanjong Chat khas untuk pesakit Covid-19 tahap tiga

PKRC Tanjong Chat khas untuk pesakit Covid-19 tahap tiga

KOTA BHARU – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Tanjong Chat yang akan dibuka pada Selasa ini merupakan lokasi khas bagi menempatkan pesakit positif Covid-19 tahap tiga.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Azman Yacob berkata, ia akan menempatkan sebanyak 70 katil yang lengkap dengan kemudahan khas sepertimana di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan PKRC Gelanggang Seni.

“Dengan adanya PKRC ini, kita jangkakan ia dapat menempatkan pesakit Covid-19 tahap tiga yang dipindahkan dari hospital kerana wad tidak mencukupi.

“Apabila keadaan pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) telah stabil selepas menerima rawatan di hospital, mereka akan dipindahkan ke sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Pengarah PKRC Kelantan antara Dr Azman dan Dr Mohd Zurairee Mohd Zubir di PKRC Tanjong Chat, di sini pada Ahad.

Menurutnya, selain itu PKRC Tanjong Chat juga akan menempatkan 150 katil bagi merawat pesakit positif Covid-19 yang berada di bawah tahap tiga.

Beliau berkata, cadangan untuk membina sebuah hospital medan telah dipanjangkan kepada pihak atasan dalam memenuhi keperluan melawan pandemik ini.

Dr Azman berkata, lokasi untuk tapak hopsital medan dan kapasiti serta kemudahan itu akan dikemukakan pihaknya pada Ahad.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil susulan kapasiti hospital yang sedia ada merawat Covid-19 terutama di HRPZ II, Tumpat dan Machang sudah tepu.

“Merumitkan lagi keadaan, penggunaan wad ICU sudah melebihi 90 peratus.

“Selain Covid-19, rawatan penyakit berisiko seperti buah pinggang, jantung dan kencing manis perlu diberikan keutamaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here