Home Koronavirus Covid-19: Jangkitan terhadap kanak-kanak di Kelantan membimbangkan

Covid-19: Jangkitan terhadap kanak-kanak di Kelantan membimbangkan

Covid-19: Jangkitan terhadap kanak-kanak di Kelantan membimbangkan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengakui kadar jangkitan pandemik Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun di negeri ini semakin membimbangkan.

Perkara itu didedahkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin ketika turun padang meninjau proses suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Daerah Ketereh, di sini pada Ahad.

Dr Izani berkata, antara lokasi tertinggi jangkitan yang dikesan melibatkan golongan kanak-kanak ialah di Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

“Daripada data yang kita terima, dianggarkan 18 peratus kanak-kanak telah terkena jangkitan tersebut,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan kepada maklumat, ia berpunca daripada golongan ibu bapa terkena jangkitan dan kemudian membawa pulang ke rumah.

Beliau berkata, lebih memburukkan keadaan apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak peka telah membawa keluar anak-anak mereka berjalan-jalan.

Dr Izani berkata, ibu bapa disaran supaya mengambil serius perkara ini dengan tidak mendedahkan anak-anak kepada risiko jangkitan.

“Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan ingatlah kita masih belum menang melawan Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here