Home Koronavirus PKPD: Penduduk Pangsapuri Bukit Tinggi 1 diminta kekal bertenang

PKPD: Penduduk Pangsapuri Bukit Tinggi 1 diminta kekal bertenang

0
PKPD: Penduduk Pangsapuri Bukit Tinggi 1 diminta kekal bertenang

KLANG – Penduduk di Pangsapuri Bukit Tinggi 1, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diminta untuk kekal bertenang dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, bagi menjamin keselamatan semua pihak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan memberikan vaksin secara terus kepada penduduk di sana yang mendapat keputusan negatif dalam ujian saringan Covid-19.

“Pemberian vaksin ini juga bagi menjamin penduduk daripada terkena jangkitan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD beberapa lokaliti di empat negeri mulai Isnin: TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat memaklumkan sebanyak 24 lokaliti meliputi 14 di Pahang, empat di Selangor serta masing-masing tiga di Sabah dan Sarawak dikenakan PKPD mulai Ahad hingga 31 Julai.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, PKPD di Selangor membabitkan Damai Apartment, PJS 8 Damansara di Petaling; Jalan Pandan Indah, Ampang (Hulu Langat); Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi (Klang) dan Taman Samudera di Batu (Gombak).

Dalam pada itu, Gunaraj berkata, pihaknya juga akan mengemas kini perkembangan terkini berhubung pelaksanaan PKPD itu kepada penduduk terlibat dari masa ke semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here