Home Koronavirus Covid-19: 20 kematian direkodkan di NS

Covid-19: 20 kematian direkodkan di NS

0
Covid-19: 20 kematian direkodkan di NS

SEREMBAN – Sebanyak 20 kematian akibat Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) pada Sabtu, menjadikan angka tertinggi sejak pandemik ini berlaku di Negeri Sembilan.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 556 orang.

“Setakat hari ini, terdapat 1,280 kes baru positif Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 60,258 kes.

“Dukacita dimaklumkan, terdapat penambaham 20 kes kematian berkaitan Covid-19 telah dilaporkan kepada CPRC Negeri Sembilan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Tambahnya, daripada jumlah kumulatif yang dicatatkan, sebanyak 49,683 kes telah sembuh dan discaj manakala 10,019 pesakit yang masih menerima rawatan di wad.

Katanya, terdapat 12,752 kes yang aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

“Sehingga kini, terdapat penambahan dua kluster industri baharu dilaporkan iaitu Kluster Industri TJ Utata di Seremban dan Kluster Industri Chembong di Rembau yang mencatatkan 107 kes positif Covid-19.

“Ini menjadikan 59 kluster (50 kluster tempatan dan sembilan kluster import) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

“Terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada semua kluster, namun antara yang tertinggi adalah kes sporadik di daerah Seremban sebanyak 369 kes dan saringan kontak rapat sebanyak 412 kes di daerah yang sama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here