Home Koronavirus PKPD di sebuah kampung, 7 rumah panjang di Sarawak

PKPD di sebuah kampung, 7 rumah panjang di Sarawak

0
PKPD di sebuah kampung, 7 rumah panjang di Sarawak

KUCHING – Lapan lokaliti melibatkan sebuah kampung dan tujuh rumah panjang di lima daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan Covid-19 di kawasan tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dalam kenyataan pada Rabu berkata, arahan PKPD melibatkan Kampung Melangan Lama (Saratok) bermula Rabu sehingga 18 Mei manakala Rumah Sali (Kanowit), Rumah Monica Giri (Sibu), Rumah Amrose Ramping (Selangau), Rumah Lenggang (Mukah), Rumah Seliau (Kanowit), Rumah Umin (Selangau) dan Rumah Inyang (Kanowit) bermula Khamis hingga 12 Mei ini.

Sarawak pada Rabu merekodkan 419 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33,086 kes dan dua kematian dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat 190 orang.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Kibong di Sibu dan Kluster Jalan Sawit di Sarikei, dan kedua-duanya adalah kluster di tempat kerja.

Kluster Tanjong Kibong dikesan melibatkan sebuah syarikat penyelenggaraan dan sokongan perkapalan di Tanjong Kibong, Sibu, manakala Kluster Jalan Sawit berlaku di tempat tinggal dan asrama pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek Lebuhraya Pan Borneo di tapak operasi di Sarikei. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here