Home Koronavirus PKPD di beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan, tiga negeri lain

PKPD di beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan, tiga negeri lain

0
PKPD di beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan, tiga negeri lain

SHAH ALAM – Kerajaan pada Selasa mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Terengganu, bermula Khamis ini sehingga 14 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD yang dilaksanakan di Petaling Jaya, Selangor membabitkan tiga lokaliti iaitu Mentari Court, PJS 8, Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite- PKNS.

Katanya, kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKPD di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa di Wilayah Persekutuan.

“PKPD juga turut dilaksanakan di Kampung Kubang Jela, Mukim Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here