Home Koronavirus Pengembara masuk Labuan wajib jalani ujian RT-PCR

Pengembara masuk Labuan wajib jalani ujian RT-PCR

0
Pengembara masuk Labuan wajib jalani ujian RT-PCR

KUALA LUMPUR – Pengembara yang masuk ke Labuan wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum kemasukan, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengambil kira situasi semasa Covid-19 ketika ini, kerajaan turut bersetuju untuk mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukkan pengembara ke Labuan.

“Pengguna Kad Harian Transporter juga diwajibkan mengambil PCR setiap dua minggu selain menjalani ujian RTK antigen setiap minggu.

“Prosedur kemasukkan ke Labuan adalah terpakai sepenuhnya. ‘Sign on’ dibenarkan untuk warga negara sahaja dan wajib menjalani kuarantin 14 hari dengan ujian RT PCR pada hari ke-10.

“Keutamaan diberikan kepada individu yang telah mengambil vaksin Covid-19. ‘Sign Off’ dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satu ujian RT PCR,” katanya dala satu kenyataan pada Selasa..

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here