KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Mukim Triang, Mersing, Johor yang berkuatkuasa pada 20 April akan ditamatkan seperti dijadualkan esok.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan ditamatkan hari ini.
AKAN MENYUSUL