Home Koronavirus Petugas kesihatan kontak rapat tidak perlu isolasi: Khairy

Petugas kesihatan kontak rapat tidak perlu isolasi: Khairy

Petugas kesihatan kontak rapat tidak perlu isolasi: Khairy

PUTRAJAYA – Petugas kesihatan yang merupakan kontak rapat tidak lagi perlu menjalani isolasi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebaliknya isolasi akan dilakukan sekiranya petugas kesihatan bergejala.

“Jika kontak rapat, tetapi tidak bergejala mereka hanya perlu melakukan ujian saringan Covid-19 pada hari tertentu,” katanya pada sidang media di kementeriannya pada Khamis.

Menurutnya, pekeliling mengenai hal tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 15 Februari lalu.

“Perkembangan ini akan turut dimaklumkan kepada pekerja kesihatan di sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata, dengan peningkatan kes status kontak rapat seringkali berlaku tanpa disedari.

“Apabila kontak rapat, ia berlaku gangguan ekonomi dan urusan pihak yang terlibat,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here