Home Koronavirus Persatuan Perubatan gesa ketat syarat kemasukan pelancong China

Persatuan Perubatan gesa ketat syarat kemasukan pelancong China

0
Persatuan Perubatan gesa ketat syarat kemasukan pelancong China

Persatuan Perubatan Malaysia menggesa KKM mengambil semua langkah yang perlu bagi mencegah lonjakan kes Covid-19 di negara ini. (Gambar dalam : Muruga Raj Rajathurai)

SHAH ALAM – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil semua langkah yang perlu bagi mencegah lonjakan kes Covid-19 di negara ini.

Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, langkah berkenaan termasuk menjalankan ujian Covid-19 ke atas pelancong dari China yang mula memasuki negara bermula 8 Januari ini.

“Kerajaan perlu mengenakan syarat ketat bahawa hanya pengembara China yang mendapat vaksin sepenuhnya bersama keputusan ujian RT-PCR negatif dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Sebaik tiba, dalam tempoh 24 jam, mereka perlu menjalani pemeriksaan RTK Antigen profesional untuk Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, ujian ketat bukan sahaja tertakluk kepada warga China, tetapi pelancong dari negara lain yang mengalami peningkatan dalam kes Covid-19.

Dalam pada itu, MMA turut bimbang kekurangan tenaga kerja sekiranya kes yang memerlukan kemasukan fasiliti kesihatan termasuk hospital dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) mula meningkat.

“Sebagai langkah tambahan, kerajaan boleh membuka pintu sempadan secara beransur jika situasi Covid-19 di negara berkenaan bertambah baik.

“Kami mengakui bahawa Malaysia akan mendapat manfaat dari segi ekonomi dengan jumlah pelancong yang tinggi dari China, namun kesihatan dan keselamatan awam mesti diutamakan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here