Home Koronavirus Peratusan Omicron meningkat: Noor Hisham

Peratusan Omicron meningkat: Noor Hisham

0
Peratusan Omicron meningkat: Noor Hisham

SHAH ALAM – Data survelan genom SARS-CoV-2 menunjukkan peratusan varian Omicron di Malaysia meningkat menggantikan varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi perkara itu di Facebook pada Ahad memaklumkan, sejak Jun tahun lalu varian yang dominan ialah Delta namun Omicron yang mula dikesan sejak November kini semakin meningkat.

“Sejak itu peratusan VOC Omicron yang dikesan di Malaysia semakin meningkat, menggantikan VOC Delta,” katanya.

Jelas Noor Hisham, ciri Omicron yang mudah merebak menyebabkan peningkatan kes terutama apabila terdapat perhimpunan ramai seperti di sekolah dan tempat sesak yang menyebabkan penularan mudah berlaku.

Beliau menasihatkan masyarakat dapat meningkatkan kawalan kendiri dan mengamalkan TRIIS iaitu uji, lapor, asing, maklum serta dapatkan rawatan.

“Dapatkan vaksinasi serta dos penggalak bagi mereka yang layak. Lindungi diri, lindungi semua,” ujarnya.

Omicron yg mudah merebak menyebabkan peningkatan kes terutama apabila terdpt perhimpunan ramai spt di sekolah & tempat sesak.

Orang ramai dinasihatkan utk tingkatkan kawalan kendiri, amalkan TRIIS & dptkan vaksinasi & dos penggalak utk yang layak. Lindungi diri, Lindungi Semua. pic.twitter.com/LnzFYClO3b

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 27, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here