Home Koronavirus Mukim Hulu Langat catat kes Covid-19 tertinggi di Selangor

Mukim Hulu Langat catat kes Covid-19 tertinggi di Selangor

0
Mukim Hulu Langat catat kes Covid-19 tertinggi di Selangor

SHAH ALAM – Mukim Hulu Langat mencatatkan kes tertinggi Covid-19 di Selangor iaitu sebanyak 2,326 kes di negeri tersebut setakat jam 11.59 malam pada Sabtu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad berkata, nilai tersebut adalah sebahagian daripada jumlah kes di negeri tersebut iaitu sebanyak 6,740 kes pada hari sama.

Menurut hantaran tersebut, jumlah kes tersebut meliputi 6,649 kes komuniti, 43 kes di penjara dan 49 kes import A.

“Berdasarkan jumlah kes Covid-19 di mukim Hulu Langat, Kajang merekodkan kes tertinggi iaitu 859 kes, diikuti dengan Ampang (546), Cheras (499), Semenyih (213), Hulu Langat (120) dan Beranang (54).

“Mukim kedua mencatatkan kes Covid-19 tertinggi pada Sabtu ialah Klang iaitu sebanyak 1,420 kes, diikuti dengan Gombak sejumlah 977 kes; Petaling (480); Kuala Langat (418); Hulu Selangor (385) dan Kuala Selangor (351).

“Selain itu, mukim Sepang turut mencatatkan kes harian Covid-19 pada Sabtu sebanyak 221 kes, manakala Sabak Bernam pula sejumlah 162 kes direkodkan,” kata hantaran tersebut pada Ahad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here