Home Koronavirus Pengurusan jenazah warga asing Covid-19 perlu disahkan kedutaan

Pengurusan jenazah warga asing Covid-19 perlu disahkan kedutaan

0
Pengurusan jenazah warga asing Covid-19 perlu disahkan kedutaan

KLANG – Pengesahan untuk pengebumian jenazah mayat warga asing Covid-19 perlu mendapat kelulusan daripada kedutaan negara berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sudah menghubungi Kementerian Luar Negeri pada Sabtu berkenaan isu jenazah yang tidak dapat diuruskan dengan segera.

Menurutnya, pihaknya kini sedang mempercepatkan pengurusan jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Shah Alam dan Hospital Sungai Buloh dengan memfokuskan tempat pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Pelabuhan Klang dan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

“Sebelum ini terdapat laporan bahawa proses pengurusan jenazah mengambil masa 48 jam untuk dikeluarkan dari bilik mayat hospital berkenaan.

“Kita juga sudah mengaturkan kenderaan jenazah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membawa jenazah tersebut dalam tempoh yang lebih singkat,” katanya selepas meninjau Program Vaksinasi di Pusat Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia Cawangan Klang, di sini pada Ahad.

Pada Jumaat, kerajaan Selangor mengumumkan inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat yang diharap dapat mengurangkan masa pengurusan selain mengelak kesesakan dan limpahan jenazah.

Amirudin berkata, tiga hospital iaitu Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Klang dikhususkan untuk menguruskan jenazah mangsa wabak sama ada Muslim atau bukan Islam.

Ujarnya, tanah perkuburan yang dikhususkan untuk pengurusan jenazah mangsa Covid-19 bagi yang beragama Islam ialah di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga hospital di Selangor urus jenazah Covid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here