Home Koronavirus Penghidap diabetes lebih mudah dijangkiti gejala Covid-19 serius

Penghidap diabetes lebih mudah dijangkiti gejala Covid-19 serius

0
Penghidap diabetes lebih mudah dijangkiti gejala Covid-19 serius

SHAH ALAM – Penghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, memandangkan penyakit diabetes telah lama wujud dalam masyarakat kita, rakyat perlu berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.

“Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan, malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,” katanya ketika berucap pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi) yang berlangsung secara maya pada Rabu.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.

“Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,” katanya.

Menurutnya, tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).

“Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here