Home Koronavirus Penggunaan Ivermectin hanya untuk haiwan, bukan manusia

Penggunaan Ivermectin hanya untuk haiwan, bukan manusia

0
Penggunaan Ivermectin hanya untuk haiwan, bukan manusia

SHAH ALAM – Penggunaan Ivermectin sebenarnya hanya digunakan bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases, kata Ketua Unit Teknikal dan Kualiti, Bahagian Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Mohd Dziehan Mustapa.

Jelas beliau, kebanyakannya digunakan untuk haiwan yang dikenali sebagai ubat antiparasit, malah ketika ini tiada produk Ivermectin yang diluluskan pendaftarannya untuk kegunaan manusia.

“Saya lihat dalam senarai ubat yang berdaftar untuk penggunaan manusia, Ivermectin tidak ada. Yang ada ialah Ivermectin yang didaftarkan untuk tujuan penggunaan dalam haiwan sebanyak 31 produk,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada program Wacana Sinar Edisi ke-282 bertajuk ‘Ivermectin: Alternatif atau Racun!’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Program yang dikendalikan Edlynna Hanie Hamid itu turut menampilkan Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Mahiran Mustafa dan Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Dr Steven Lim Chee Loon sebagai panelis.

Dalam pada itu, Mohd Dziehan berkata, semua ubat-ubatan termasuk Ivermectin perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, beliau berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berperanan untuk memastikan produk farmaseutikal selamat, berkualiti dan berkesan.

“Bahagian regulatori ini bukan sahaja ada di Malaysia, malah semua negara ada badan regulatori masing-masing. Tujuannya adalah memastikan produk farmaseutikal selamat digunakan bagi tujuan rawatan.

“Tetapi pada masa sama ia juga boleh memberi kesan kepada penerima jika disalahgunakan. Justeru, semua produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah.

“Perkara ini juga selari dengan apa yang ada dalam Akta Racun 1952. Jika terdapat penjualan yang tidak disahkan, maka individu terbabit boleh dikenakan tindakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here