Home Koronavirus Pengguna LRT, bas Rapid KL disaran buat ujian saringan Covid-19

Pengguna LRT, bas Rapid KL disaran buat ujian saringan Covid-19

0
Pengguna LRT, bas Rapid KL disaran buat ujian saringan Covid-19

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang Selasa serta waktu puncak petang Khamis lepas disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

Prasarana dalam satu kenyataan pada Sabtu memberitahu, Unit Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada lewat petang Khamis lalu.

Menurut kenyataan itu, wanita berkenaan turut berkongsi maklumat daripada MySejahtera untuk pengesahan perjalanan beliau pada dua hari berkenaan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 10.10 pagi (LRT Stesen Universiti ke Stesen Abdullah Hukum)

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 5:23 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

Tarikh: 3 Jun

Masa perjalanan: 9 pagi – Bas Rapid KL (WUW 4149) dari Stesen Universiti ke Midvalley

Tarikh: 3 Jun

Masa perjalanan: 5.15 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here