Home Koronavirus Penerima vaksin Covid-19 tidak digalak jalani ujian antibodi: Khairy

Penerima vaksin Covid-19 tidak digalak jalani ujian antibodi: Khairy

0
Penerima vaksin Covid-19 tidak digalak jalani ujian antibodi: Khairy

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjalankan ujian antibodi untuk vaksin Covid-19 kerana masih tiada garis panduan klinikal dikeluarkan mengenai perkara itu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, seperti mana garis panduan dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat serta amalan di negara lain, ujian tersebut adalah tidak digalakkan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal keluarkan kenyataan dalam masa terdekat (mengenai perkara itu).

“Masih tidak ada garis panduan klinikal untuk ujian antibodi mana yang boleh hasilkan keputusan yang tepat,” katanya ketika sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Persada PLUS, pada Sabtu.

Menurut Khairy, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagaimanapun sedang menjalankan kajian mendalam mengenai kesan pengambilan vaksin Covid-19 ke atas sistem imun dan hasil kajian akan diumumkan kepada orang ramai.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here