Home Koronavirus Penduduk digesa segera daftar vaksin

Penduduk digesa segera daftar vaksin

0
Penduduk digesa segera daftar vaksin

LIPIS – Penduduk khususnya di luar bandar digesa agar segera mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, penduduk juga perlu menghadirkan diri apabila menerima tarikh janji temu mereka kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Menurutnya, ia adalah peluang terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.

“Ini adalah peluang untuk kita kembali kepada kehidupan yang dinikmati sebelum pandemik.

“Justeru, usaha ini perlu ditingkatkan lagi dengan menambah baik dan menaikkan jumlah pendaftaran dan penerimaan vaksin seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Abdul Rahman sebelum itu telah mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Parlimen Lipis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis itu memberitahu, seramai 1,458 penduduk di Parlimen itu menerima suntikan vaksin membabitkan PPV Benta seramai 378 orang, PPV Padang Tengku (264) dan di PPV Dewan Jubli Perak (816).

Jelasnya, ia selari dengan PICK yang menyasarkan 100 peratus populasi dewasa divaksin sepenuhnya menjelang Oktober depan dan juga terus meningkatkan kadar terima vaksin terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here