Home Koronavirus KKM siasat penularan Covid-19 pada perhimpunan #Lawan

KKM siasat penularan Covid-19 pada perhimpunan #Lawan

KKM siasat penularan Covid-19 pada perhimpunan #Lawan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan terhadap dakwaan penularan Covid-19 akibat perhimpunan haram #Lawan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menyedari terdapat dakwaan daripada warganet berhubung perkara itu.

“Ada laporan netizen mengatakan telah berlaku jangkitan ahli keluarga mereka yang hadir ke perhimpunan tersebut tetapi KKM tidak dapat mengesahkan berita tersebut,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 pada Jumaat.

Sejak semalam tular satu tangkap layar seorang pengguna media sosial memaklumkan adiknya yang menghadiri perhimpunan itu disahkan positif.

Ia turut menyebabkan berlaku jangkitan terhadap ahli keluarga lain sehingga bapanya dirawat sebagai pesakit kategori lima.

Pada 31 Julai lalu, hampir 400 peserta perhimpunan keluar dan #Lawan berhimpun berhampiran Dataran Merdeka meluahkan tidakpuashati terhadap kerajaan antaranya berhubung tindakan menangani Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here