Home Koronavirus Pekerja kesihatan didakwa mati lepas disuntik vaskin AstraZeneca

Pekerja kesihatan didakwa mati lepas disuntik vaskin AstraZeneca

0
Pekerja kesihatan didakwa mati lepas disuntik vaskin AstraZeneca

OSLO – Seorang pekerja kesihatan di Norway meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca, kata pihak berkuasa kesihatan pada Isnin.

Pekerja kesihatan itu dipercayai berumur dalam lingkungan 30an meninggal dunia pada Jumaat lalu iaitu 10 hari selepas menerima suntikan tersebut.

Pada Sabtu lalu, tiga pekerja penjagaan kesihatan di negara itu dimasukkan ke hospital setelah mengalami masalah pembekuan darah, pendarahan dan paras rendah platelet dalam darah.

Kesemua mereka berumur di bawah 50 tahun dan menerima vaskin AstraZeneca tersebut yang dibuat oleh syarikat kerjasama Britain dengan Sweden.

Seorang daripada tiga pekerja penjagaan kesihatan itu meninggal dunia selepas mengalami pendarahan otak dan dimasukkan ke sebuah hospital untuk menerima rawatan kira-kira seminggu setelah menerima suntikan tersebut.

Dua lagi pekerja kesihatan itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Agensi Perubatan Norway tidak dapat mengesahkan sama ada kematian itu mempunyai kaitan dengan suntikan tersebut.

Ekoran itu, pada Khamis lalu, Norway menggantung suntikan vaksin tersebut buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, tidak ada petunjuk bahawa vaksin keluaran AstraZeneca tidak selamat untuk digunakan.

Menurut pihak berkuasa Norway, kira-kira 130,000 penduduk telah menerima vaksin tersebut sebelum ia digantung.

Menurut AFP, antara negara yang menggantung penggunaan vaksin itu atas sebab-sebab yang sama ialah Denmark, Iceland, Bulgaria, Ireland, Belanda, Perancis, Itali dan Jerman.

Agensi Perubatan Eropah dilaporkan sedang menyiasat sama ada kematian yang turut berlaku di Austria dan Denmark mempunyai kaitan dengan suntikan berkenaan. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here