Home Koronavirus Patuhi SOP, vaksin kurangkan jangkitan serius, kematian

Patuhi SOP, vaksin kurangkan jangkitan serius, kematian

Patuhi SOP, vaksin kurangkan jangkitan serius, kematian

PUTRAJAYA – Masyarakat diingatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan jangkitan serius serta kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Khamis memaklumkan pengambilan vaksin dapat melindungi orang ramai daripada kemungkinan jangkitan Covid-19.

“Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 6,380 kes baharu positif Covid-19 dikesan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhannya 2,569,533 kes.

“Daripada jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat 98 kes kategori tiga hingga lima manakala selebihnya, 6,282 kes ialah kategori satu dan dua,” katanya.

Beliau berkata, seramai 541 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 263 kes memerlukan bantuan pernafasan

manakala sebanyak 5,760 kes sembuh dengan jumlah kumulatif 2,472,283 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 5,867 kluster Covid-19 dikenalpasti sejak wabak itu menular di negara ini.

“Hari ini embilan lagi pertambahan dan 5,621 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 246 masih aktif,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 88 varian baharu dikenalpasti yang kesemuanya membabitkan varian Delta.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) ialah 3,918 kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here