Home Koronavirus Operasi ACD di tujuh zon di Sibu bermula 29 April

Operasi ACD di tujuh zon di Sibu bermula 29 April

0
Operasi ACD di tujuh zon di Sibu bermula 29 April

SIBU – Operasi pengesanan kes secara aktif (ACD) pandemik Covid-19 yang melibatkan tujuh zon dalam Daerah Sibu akan berjalan selama lima hari mulai 29 April hingga 3 Mei ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memaklumkan pelaksanaan ACD itu susulan peningkatan kes positif Covid-19 yang dicatat di daerah ini.

“ACD itu akan dikendalikan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu melibatkan Zon Tong Sang; Zon Bahagia Jaya; Zon Permai; Zon Jeriah; Zon Rejang Park; Zon Ulu Sungai Merah dan Zon Taman Indah yang diadakan dari 8 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, ACD di Zon Tong Sang akan diadakan di tapak parkir kereta Medan Mall/Lihua Hotel Jalan Wong King Huo pada 29 April, diikuti Zon Bahagia Jaya di Dewan Masyarakat Teku (30 April); Zon Permai dan Zon Jeriah di Taman Tasik Permai (1 Mei); Zon Rejang Park di Traffic Garden berdekatan Klinik Komuniti Taman Rejang (2 Mei) dan Zon Ulu Sungai Merah/Taman Indah di Swan Square/Wonderfull (3 Mei).

Orang ramai yang hadir di lokasi ACD itu hendaklah membawa MyKad, sentiasa mematuhi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan memaklumkan nombor telefon yang boleh dihubungi. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here