Home Koronavirus Negara capai imunisasi lebih 50 peratus catat penurunan kes

Negara capai imunisasi lebih 50 peratus catat penurunan kes

0
Negara capai imunisasi lebih 50 peratus catat penurunan kes

BEBERAPA negara yang sudah mencapai tahap imunisasi lebih 50 peratus populasinya mencatat pengurangan kes COVID-19 yang ketara.

Rumusan itu didedahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan bagaimanapun memaklumkan, untuk negara seperti India, situasi itu akan mengambil sedikit masa.

“Kami telah melihat beberapa negara, yang sudah mencapai lebih 50 peratus populasinya divaksin, anda boleh melihat penurunan kes jangkitan dan kematian yang signifikan, dengan memberi keutamaan kepada golongan rentan terlebih dahulu.

“Bagi negara seperti India yang perlu memvaksin lebih 1 bilion penduduk, ini tidak akan berlaku dalam tempoh singkat. Saya berpendapat India melakukan yang terbaik dari segi program pemberian vaksin dengan melibatkan sektor awam dan swasta.

“Halangan ketika ini sudah tentu adalah isu bekalan vaksin itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Teknikal Program Kecemasan WHO, Maria Van Kerkhove memaklumkan, wujud petanda positif dalam pemberian vaksin.

Dapatan ini dibuat biarpun ketika kajian mengenai impak vaksin ke atas jangkitan belum selesai.

Kebimbangan ketika ini adalah akses vaksin kepada negara yang menunjukkan kadar jangkitan tinggi dan kapasiti sistem kesihatan awamnya. -Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here