Home Koronavirus Rakyat Malaysia antara 10 kes komuniti berkait hospital Singapura

Rakyat Malaysia antara 10 kes komuniti berkait hospital Singapura

0
Rakyat Malaysia antara 10 kes komuniti berkait hospital Singapura

SINGAPURA – Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 22 tahun merupakan antara 10 kes jangkitan tempatan Covid-19 yang dilaporkan pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam Isnin, MOH menyatakan wanita itu bekerja untuk UEMS Solutions Pte Ltd dan ditempatkan sebagai porter di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

MOH menyatakan yang wanita itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 28 April dan keputusannya adalah negatif.

Kenyataan itu menyatakan, wanita itu menghidapi sakit tekak pada 29 April namun, tidak mendapatkan rawatan, dan kemudiannya demam dan sakit badan pada 1 Mei.

“Pada 2 Mei, beliau mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan TTSH dan ujian saringannya didapati positif Covid-19. Keputusan ujian serologinya adalah negatif,” katanya.

Beliau dikaitkan dengan seorang jururawat yang telah disahkan dijangkiti Covid-19 pada 27 April.

Terdapat lapan kes berkaitan hospital pada Isnin, menjadikan keseluruhannya 35 kes.

Sehingga tengah hari Isnin, 17 kes baharu dilaporkan di Singapura, dengan tujuh kes import menjadikan jumlah keseluruhan 61,235 kes.

Pada ketika ini, terdapat 10 kluster Covid-19 di negara itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here