Home Koronavirus Malaysia rekod 521,923 dos suntikan vaksin pada Isnin

Malaysia rekod 521,923 dos suntikan vaksin pada Isnin

0
Malaysia rekod 521,923 dos suntikan vaksin pada Isnin

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod tertinggi pada Isnin iaitu sebanyak 521,923 dos.

Sebelum ini, jumlah pemberian vaksin harian tertinggi adalah 507,050 dos yang dicatat pada 22 Julai.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah yang dicatat pada Isnin, seramai 333,621 individu menerima dos pertama manakala 188,302 mendapat dos kedua.

Selangor merupakan negeri paling banyak memberikan suntikan iaitu 130,187 dos, diikuti Kuala Lumpur (85,647), Sarawak (38, 977 dos) dan Perak (32,311).

Secara kumulatifnya, JKJAV berkata, sebanyak 17,839,476 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat ini, yang meliputi 12,131,329 dos pertama dan 5,708,147 dos kedua. – Bernama

Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 26 Julai#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/whzGvECyTG

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 27, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here