Home Koronavirus Labuan negeri pertama capai imuniti kelompok

Labuan negeri pertama capai imuniti kelompok

0
Labuan negeri pertama capai imuniti kelompok

LABUAN – Labuan pada Selasa selesai memvaksinasi penuh 80 peratus populasi dewasa, menjadikan pulau bebas cukai itu Wilayah Persekutuan dan negeri pertama di Malaysia mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan Covid-19.

Wilayah Persekutuan itu telah memberi suntikan vaksin kepada 54,800 daripada 68,500 penduduk dewasa yang disenaraikan sebagai layak untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Labuan menyifatkan program ini sebagai tugas yang sukar tetapi mengakui kerjasama berpasukan yang hebat telah membuahkan kejayaan.

Pengerusi CITF Labuan, Rithuan Ismail berkata, sebanyak 54,800 (80 peratus) daripada jumlah populasi yang layak untuk divaksin telah menerima dua dos vaksin.

“Kami gembira dapat mencapai imuniti kelompok tiga hari lebih awal daripada tarikh sasaran iaitu 30 Julai. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here