Home Koronavirus Malaysia catat penurunan Covid-19 dengan 21,072 kes

Malaysia catat penurunan Covid-19 dengan 21,072 kes

Malaysia catat penurunan Covid-19 dengan 21,072 kes

SHAH ALAM – Malaysia mencatatkan sedikit penurunan penularan Covid-19 pada Ahad dengan 21,072 kes berbanding 22,802 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 20,986 kes atau 99.59 peratus adalah kategori satu dan dua.

“Selebihnya 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Mengulas lebih lanjut mengenai kes kategori tiga hingga lima, beliau berkata, 58 kes merupakan kategori tiga, 20 kes kategori empat dan lapan kes kategori lima.

“Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 3,040,235 kes,” katanya.

AKAN MENYUSUL

Drp 21,072 kes harian yg dilaporkan pd 13 Feb 2022

•86 kes (0.41%) adalah kategori 3, 4 & 5

•20,986 kes (99.59%) kategori 1 & 2

Kategori 1 : 5,995 kes (28.45%)

Kategori 2 : 14,991 kes (71.14%)

Kategori 3 : 58 kes (0.28%)

Kategori 4 : 20 kes (0.09%)

Kategori 5 :8 kes (0.04%) pic.twitter.com/nBumMy3b5E

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 13, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here