PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu melonjak kepada 20,396 kes berbanding 19,057 pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,844,835 kes.
Selangor kekal catat kes tertinggi iaitu 3,886 kes, diikuti Sarawak (3,747), Johor (2,165), Sabah (2,136), Pulau Pinang (1,961) dan Kedah (1,587).
Kelantan (1,078), Perak (1,057), Terengganu (861), Kuala Lumpur (597), Pahang (486), Melaka (459), Negeri Sembilan (269), Perlis (78), Wilayah Persekutuan Putrajaya (25) dan Wilayah Persekutuan Labuan (4).
AKAN MENYUSUL
Sehingga 5 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,396 kes (1,844,835 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,886 (623,053)
WPKL – 597 (176,591)
Sabah – 2,136 (159,421)
Johor – 2,165 (149,358)
Sarawak – 3,747 (130,898)
Kedah – 1,587 (107,468)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 5, 2021