Home Koronavirus Malaysia antara negara terpantas vaksinasi penduduk: PM

Malaysia antara negara terpantas vaksinasi penduduk: PM

0
Malaysia antara negara terpantas vaksinasi penduduk: PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memastikan proses vaksinasi Covid-19 dijalankan dengan teratur, cepat dan meliputi seluruh pelusuk negara melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut beliau, satu-satunya kaedah yang paling berkesan untuk negara segera keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 adalah dengan mempertingkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada rakyat.

Muhyiddin berkata, Malaysia merupakan antara negara yang terpantas menvaksinasi penduduknya dengan kapasiti kadar suntikan mencapai lebih 500,000 dos sehari ketika ini.

“Kerajaan faham bahawa rakyat berada dalam keadaan resah dan bimbang apabila angka kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan.

“Kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut yang kita hadapi ini dengan mempercepatkan program vaksinasi,” katanya pada sesi penerangan berkenaan PPN pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini pada Isnin. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here