Home Koronavirus 6.1 juta penduduk dewasa Selangor, KL terima satu dos vaksin awal Ogos

6.1 juta penduduk dewasa Selangor, KL terima satu dos vaksin awal Ogos

6.1 juta penduduk dewasa Selangor, KL terima satu dos vaksin awal Ogos

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Keseluruhan 6.1 juta penduduk dewasa di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang awal Ogos nanti.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan peningkatan kes yang berlaku kini disebabkan sebahagian besarnya oleh penularan di tiga buah negeri di jajaran Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian Negeri Sembilan.

“Ia menyumbang lebih 70 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan harian,” katanya semasa membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sidang Khas Dewan Rakyat pada Isnin.

Muhyiddin berkata, kesemua mereka akan menerima vaksin tersebut di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.

Katanya, kerajaan pusat akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan penularan virus itu dapat dikawal.

Menurutnya, apa yang paling utama ialah hospital-hospital perlu dipastikan mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk berfungsi dengan berkesan.

“Alhamdulillah, setakat ini melalui pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), lebih 16 juta dos telah berjaya dibekalkan kepada rakyat Malaysia iaitu merangkumi 11 juta orang telah menerima dos pertama dan lima juta orang telah menerima dua dos lengkap suntikan vaksin.

“Kadar vaksinasi harian juga telah melebihi 500,000 dos sehari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here