KUALA LUMPUR – Malaysia akan menerima 3.5 juta dos vaksin Covid-19 CanSino dari China secara berperingkat bermula bulan ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba pada Khamis.
Sebelum ini Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia mungkin akan meneruskan proses pemerolehan vaksin Covid-19 CanSino dari China yang merupakan vaksin satu dos.
Khairy dilaporkan berkata, vaksin CanSino itu merupakan pilihan lebih baik daripada vaksin Johnson & Johnson, yang juga satu dos, memandangkan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat itu hanya dapat menghantar bekalan vaksin pada suku keempat tahun ini.
AKAN MENYUSUL