Home Koronavirus 15 juta dos vaksin Covid-19 buatan Johnson & Johnson rosak

15 juta dos vaksin Covid-19 buatan Johnson & Johnson rosak

15 juta dos vaksin Covid-19 buatan Johnson & Johnson rosak

WASHINGTON – Kira-kira 15 juta dos vaksin Covid-19 buatan syarikat Johnson & Johnson (J&J) mengalami kerosakan di sebuah kilang di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) lapor akhbar New York Times.

Menurut AFP pada Rabu, gergasi perubatan itu berkata, ia telah mengesan satu kumpulan dos di kilang tersebut yang dikendalikan oleh syarikat ubat-ubatan Emergent BioSolutions tidak mengikut piawaian kualiti yang telah ditetapkan.

“Kualiti dan keselamatan adalah menjadi keutamaan kami,” kata syarikat tersebut.

Akhbar itu menyatakan kejadian itu memberikan petunjuk bahawa masalah kawalan kualiti mungkin akan menjejaskan pengeluaran vaksin tersebut.

Pihak Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) negara itu dijangka melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Menurut FDA, ia sedar tentang kejadian itu tetapi enggan memberikan maklumat lanjut kepada AFP.

Bagaimanapun, syarikat J&J menyatakan, ia menghantar lebih ramai pakar untuk memantau semua pengeluaran vaksin buatannya di kilang tersebut bagi membolehkan ia mengeluarkan 24 juta dos pada akhir bulan ini.

Menurut J&J, kilang Emergent BioSolutions itu masih belum diluluskan oleh FDA untuk mengeluarkan vaskin tersebut.

Menurut akhbar The Guardian, pihak kilang Emergent BioSolutions enggan memberikan sebarang komen berhubung kejadian itu. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here