Home Koronavirus MAIK salur hampir RM40 juta bantu penduduk terkesan Covid-19

MAIK salur hampir RM40 juta bantu penduduk terkesan Covid-19

MAIK salur hampir RM40 juta bantu penduduk terkesan Covid-19

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sudah menyalurkan sumbangan hampir RM40 juta bagi membantu penduduk yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Mohd Azman Ghazali berkata, jumlah agihan itu melibatkan lima fasa merangkumi semua penduduk yang terjejas tanpa mengira agama dan bangsa.

“Peruntukan yang digunakan ini bukan hasil kutipan zakat, tetapi daripada sumber-sumber lain MAIK seperti Baitulmal, aktiviti pelaburan, sumbangan perseorangan dan kerajaan pusat,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Program Bantuan Prihatin MAIK yang diadakan di Pusat Penerangan Dan Dakwah Islam Antarabangsa (IIDAC), di sini, pada Selasa.

Menurutnya, selain itu warga MAIK membuat pemotongan gaji untuk Tabung Baitulmal bagi membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.

Beliau berkata, MAIK akan mengeluarkan lagi perbelanjaan bagi melengkapkan lima fasa di bawah program bantuan tersebut dan perkara itu akan diumumkan sendiri oleh Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Dalam perkembangan lain, Mohd Azman berkata, MAIK menjalinkan kerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan agihan berjalan lancar.

Katanya, kerjasama itu bagi mengelakkan berlakunya keciciran dalam gerak kerja agihan sumbangan berkenaan kepada golongan yang memerlukan.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata, setiap penerima menerima satu pek barangan makanan bernilai RM100 dan wang tunai RM100.

Menurutnya, bantuan tersebut diberikan kepada bukan sahaja golongan Melayu tetapi warga asing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here