Home Koronavirus Covid-19: PKRC MAEPS 2.0 dijadikan hospital bersepadu

Covid-19: PKRC MAEPS 2.0 dijadikan hospital bersepadu

Covid-19: PKRC MAEPS 2.0 dijadikan hospital bersepadu

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 sebagai hospital bersepadu bagi memperluaskan lagi skop perkhidmatan kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia mempunyai fungsi sama dengan hospital kerajaan lain bagi memberikan perawatan pemulihan kecemasan kes Covid-19 bagi kategori tiga dan empat dengan menambah kapasiti oksigen kepada lebih 1,500 pesakit.

“Pada masa ini, terdapat 8,888 buah katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 bagi tujuan itu.

“Kita juga turut menambah kapasiti rawatan kecemasan khususnya di Selangor dengan meningkatkan lagi jumlah katil kecemasan daripada 486 kepada 591 buah katil,” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here