Home Koronavirus Lima kawasan di Sabah dikenakan PKPD mulai 1 Jun

Lima kawasan di Sabah dikenakan PKPD mulai 1 Jun

0
Lima kawasan di Sabah dikenakan PKPD mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR – Lima kawasan di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun depan susulan peningkatan kes Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya pada Ahad berkata, kawasan berkenaan ialah Taman Pelangi di Semporna, Kampung Assam di Lahad Datu, Kampung Tanjung Kapor di Kudat dan dua perkampungan di Kota Belud iaitu Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut.

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, PKPD di 16 lokaliti di Sungai Ruan dan tujuh lokaliti di Sempalit di Raub, Pahang yang dijadualkan tamat pada 4 Jun akan tamat lebih awal iaitu esok (31 Mei).

Ismail Sabri berkata, dua PKPD di Jitra, Kedah iaitu di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah yang dijadualkan tamat pada 31 Mei dilanjutkan mulai 1 hingga 14 Jun.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 749 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu 729 individu dikompaun, 18 direman dan dua dijamin.

Ismail Sabri berkata, kesalahan tertinggi yang direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (180 kes), tiada penjarakan fizikal (138), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk (120 kes), bawa penumpang berlebihan had (55 kes) dan lain-lain kesalahan (256 kes). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here