Home Koronavirus Lebih 90 peratus petugas media Johor sudah divaksin

Lebih 90 peratus petugas media Johor sudah divaksin

0
Lebih 90 peratus petugas media Johor sudah divaksin

JOHOR BAHRU – Lebih 90 peratus petugas media di Johor sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 secara berperingkat sejak Jun lalu.

Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak berkata, daripada jumlah peratusan itu, sebahagiannya telah menerima suntikan dua dos lengkap.

“Buat masa ini sebahagian besar daripada 134 ahli Kelab Media Johor telah menerima suntikan vaksin masing-masing.

“Pemberian vaksin kepada petugas media di Johor mencapai tahap sasaran yang ditetapkan, sekali gus disifatkan sebagai berjaya.

“Kelab Media Johor percaya baki peratusan ahli yang masih belum menerima suntikan akan segera divaksinasi dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Johor, Kementerian Kesihatan, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta KPJ Healthcare Berhad dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pemberian suntikan vaksin kepada petugas media di Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here