Home Koronavirus Lebih 760,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Lebih 760,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

0
Lebih 760,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Selasa.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,504,066 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9 peratus telah lengkap vaksinasi, manakala 2,988,492 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,020,386 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,965,472 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,376 dos vaksin Covid-19 harian diberikan pada Selasa melibatkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Selasa dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan dua kes, manakala satu kes masing-masing di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here