Home Koronavirus Covid-19: 13 kematian baharu, satu kes BID

Covid-19: 13 kematian baharu, satu kes BID

0
Covid-19: 13 kematian baharu, satu kes BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 13 kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam Selasa.

Menurut data di portal CovidNow, terdapat satu kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sejumlah 3,355 kes baharu Covid-19 juga direkodkan setakat jam 11.59 malam Selasa.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,520 orang daripada 4,396,912 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sebanyak 61,871 kes aktif dilaporkan, termasuk 101 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 63 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 9,484 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,339,521.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here