Home Koronavirus Lebih 60,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19

Lebih 60,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19

0
Lebih 60,000 kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 62,809 atau 1.7 peratus populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Rabu.

Kanak-kanak berkenaan menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan 3 Februari lepas dan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, seramai 12,769,610 atau 54.5 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat Rabu.

Sejumlah 22,933,328 individu atau 98 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,208,714 lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,793,710 individu atau 88.8 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,871,310 individu atau 91.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Mengenai vaksinasi harian, sebanyak 165,653 dos diberikan semalam meliputi 14,195 dos pertama, 2,097 dos kedua dan 149,361 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,434,353 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak sembilan kes kematian direkodkan semalam dengan Perak dan Sabah masing-masing dua kes, manakala satu kes masing-masing di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here