Home Koronavirus Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara cecah 1.47

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara cecah 1.47

0
Covid-19: Kadar kebolehjangkitan negara cecah 1.47

SHAH ALAM – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 dalam negara merekodkan lonjakan sehingga mencecah 1.47 pada Rabu berbanding 1.39 Selasa.

Menerusi infografik dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Facebooknya pada Khamis, semua negeri melepasi kadar Rt 1.0 dengan Labuan dan Sarawak merekodkan kadar tertinggi iaitu masing-masing 1.94 dan 1.84.

Ia diikuti Sabah dengan mencatatkan 1.73, Perlis (1.67), Putrajaya (1.46), Terengganu (1.42); Pulau Pinang (1.38); Kedah (1.37) manakala Johor dan Kelantan masing-masing 1.31.

Dalam pada itu, negeri lain yang melepasi nilai Rt 1.0 pula ialah Selangor dengan 1.27 disusuli Perak (1.25); Kuala Lumpur (1.22); Melaka (1.19) dan Negeri Sembilan (1.17).

Pada Rabu, Malaysia terus merekodkan peningkatan mendadak dalam penularan baharu Covid-19 dengan 17,134 kes dilaporkan pada Rabu.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.47. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/Y39WYjf9M1

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 10, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here