Home Koronavirus Lebih 400,000 maut akibat Covid-19 di India

Lebih 400,000 maut akibat Covid-19 di India

0
Lebih 400,000 maut akibat Covid-19 di India

NEW DELHI – Angka kematian Covid-19 di India melepasi lebih 400,000 orang pada Jumaat, kata Kementerian Kesihatan.

Dalam tempoh 24 jam, seramai 853 meninggal dunia, menambah jumlah kematian di negara ini kepada 400,312, lapor Xinhua.

Sementara itu, 46,617 kes baharu dicatatkan sejak pagi Khamis, mengumpul keseluruhan 30,458,251 kes. Setakat ini terdapat 509,637 kes aktif di negara ini, dengan penurunan 13,620 dalam tempoh tersebut.

Dalam tempoh 24 jam, seramai 59,384 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan sejumlah 29,548,302 pesakit telah pulih sejak pandemik menular di negara ini, – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here