Home Koronavirus Lebih 4,000 orang asli pedalaman di seluruh negara terima vaksin Cansino

Lebih 4,000 orang asli pedalaman di seluruh negara terima vaksin Cansino

0
Lebih 4,000 orang asli pedalaman di seluruh negara terima vaksin Cansino

LIPIS – Seramai 4,215 masyarakat orang asli di seluruh negara telah menerima satu dos vaksin Covid-19 jenis Cansino bermula awal bulan ini.

Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, penggunaan vaksin Cansino kepada masyarakat orang asli di seluruh negara khususnya di kawasan pedalaman dan sukar dihubungi.

Menurutnya, bagaimanapun bekalan vaksin Covid-19 itu dijangka dapat diselesaikan pada Oktober depan.

“Setakat ini, hampir 83 peratus atau 124,000 masyarakat orang asli telah mendapat bekalan vaksin termasuk jenis Pfizer dan Sinovac.

“Kalau kita lihat, pelaksanaan vaksinasi agak perlahan pada peringkat awal kerana kekurangan vaksin, tetapi sekarang proses vaksinasi tersangat pantas. Saya percaya dalam bulan September dan Oktober depan kita boleh selesaikan 100 peratus kerana kita hanya menggunakan vaksin satu dos,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Jangkauan Luar Vaksinasi Masyarakat Orang Asli di Lipis, pada Ahad.

Dalam program tersebut, bekalan vaksin Cansino bersama pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lipis, dihantar menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke tiga lokasi termasuk Pos Lejang, Pos Titom dan Pos Sinderut.

Abdul Rahman menjelaskan, pihaknya akan menjelajah ke kawasan pedalaman dalam usaha vaksinasi masyarakat orang asli dengan kerjasama JAKOA dan PKD.

Tambah beliau, misi yang dijalankan selama empat hari bermula pada Ahad dijangka dapat dimanfaatkan oleh 1,690 orang asli di kawasan berkenaan.

“Kita akan mula siri jelajah dengan helikopter bagi mengatasi kesukaran masuk ke kawasan pedalaman untuk menghantar bekalan vaksin ke lokasi terbabit.

“Pelaksanaan misi ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia kerana ia memerlukan kerjasama yang erat antara PKLP, Kementerian Kesihatan Malaysia, ( KKM) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kerajaan Pahang.

“Kita berharap selepas tempoh 28 hari yang ditetapkan bagi vaksin satu dos ini, masyarakat orang asli yang menerima vaksin ini akan lebih yakin dalam menjalankan aktiviti harian termasuk bergaul dengan masyarakat luar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here