Home Koronavirus Lebih 33,000 kanak-kanak lengkap divaksin

Lebih 33,000 kanak-kanak lengkap divaksin

0
Lebih 33,000 kanak-kanak lengkap divaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 33,621 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Selasa.

Berdasarkan laman web CovidNow, sejumlah 1,353,774 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.1 peratus daripada populasi berkenaan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara bagi populasi dewasa, seramai 15,876,357 individu atau 67.5 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,954,326 individu atau 97.6 peratus telah lengkap vaskinasi, dan 23,231,749 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,854,230 individu atau 91.7 peratus telah lengkap divaksinasi dan 2,950,267 individu atau 94.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 22,807 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 2,501 dos pertama, 8,670 dos kedua dan 11,636 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,042,067.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 33 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Selasa dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu lapan kematian.

Ini diikuti Perak dengan enam kes, Kedah (empat) dan tiga kematian di Sarawak.

Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis masing-masing merekodkan dua kes manakala Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing, satu kes kematian. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here