Home Koronavirus Covid-19: 12,017 kes baharu, 33 kematian

Covid-19: 12,017 kes baharu, 33 kematian

0
Covid-19: 12,017 kes baharu, 33 kematian

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Sejumlah 33 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan pada Selasa.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, 10 daripada jumlah tersebut adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat Covid-19 sebanyak 35,160 sejak pandemik melanda pada Mac 2020.

Sementara itu, sebanyak 12,017 kes baharu direkodkan dengan 59 daripadanya merupakan kes import menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4.23 juta kes.

Sebanyak 8,447 kes aktif juga dilaporkan dengan 234 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 131 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here