Home Koronavirus Lebih 26 juta dos vaksin Covid-19 diberikan: Dr Adham

Lebih 26 juta dos vaksin Covid-19 diberikan: Dr Adham

0
Lebih 26 juta dos vaksin Covid-19 diberikan: Dr Adham

KUALA LUMPUR – Sebanyak 26,388,905 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Khamis, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitternya, beliau memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 16,545,384 orang, manakala 9,843,521 orang menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 70.7 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 42 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 525,342 dos diberikan pada Khamis dengan 197,962 adalah dos pertama, manakala 327,380 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here